PENGENALAN



Al Quran merupakan mushaf agung yang dikirimkan sebagai hadiah oleh Allah s.w.t kepada umat Islam melalui Pesuruh Agung yang tercinta iaitu Nabi Muhammad S.A.W.


Al Quran yang diturunkan lebih kurang 1500 tahun yang lalu telah mampu membina karisma kecemerlangan seperti mana yang terkandung dalam sirah Ketamadunan Islam pada masa  lampau. Al Quran yang telah memperlihatkan  bagaimana ianya mampu meletakkan Nabi Muhammad yang tidak pernah kenal huruf serta tidak tahu membaca membina Tamadun Islam yang boleh kita banggakan.

Menyebut nama-nama agung tokoh ilmuan Islam seperti  Ibn Sina, Ibn Khaldun, Ibn Bathutah, Al Khawarizmi serta banyak lagi juga telah membina kejayaan melalui Al Quran. Mereka telah menghafaz Al Quran pada usia 10 tahun dan terus membina   kejayaan sehingga ke akhir usia.

Oleh yang demikian, Kelab Rakan Quran ini ditubuhkan bagi menyuntik karisma agung yang pernah    berlaku suatu ketika dahulu ke dalam diri masyarakat masa kini melalui program-program yang boleh membantu remaja khususnya dalam mencipta kecemerlangan seterusnya mampu menjulang kembali kegemilangan Tamadun yang pernah   terbina suatu masa dahulu.



LOGO RASMI
6 TERAS PENUBUHAN

  • MEMPERKASAKAN MASYARAKAT DENGAN MENGUASAI ILMU AL QURAN.
  • MENYEDIAKAN PROGRAM-PROGRAM YANG MAMPU MENDEKATKAN MASYARAKAT DENGAN AL QURAN.
  • MEMBAWA MASYARAKAT AGAR MENJADIKAN AL QURAN SEBAGAI PANDUAN HIDUP.
  • MEMBINA MASYARAKAT MADANI YANG CINTAKAN  AL QURAN.
  • MEMBASMI KEBEJATAN SOSIAL MELALUI AL QURAN
  • MELAHIRKAN GENERASI CELIK AL QURAN


PROGRAM-PROGRAM KRQ

  • Klinik Tahsinul Quran
  • Bengkel  Tajwid
  • Tuisyen Lughatul Quran ( Bahasa Arab)
  • Motivasi Al Quran
  • Tuisyen Qiraat
  • Seminar Sains dalam Al Quran
  • Seminar pembongkaran Rahsia Kecemerlangan melalui Al Quran.
  • Dan banyak lagi yang bakal dihidangkan dengan teknologi Al Quran.


PRASYARAT MENYERTAI KRQ

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam yang beragama Islam.
  • Berumur tidak kurang daripada 8 Tahun dan tidak lebih daripada 20 Tahun.
  • Setiap penyertaan perlu menyertai KEM TAHFIZ cuti sekolah November 2011.
  • Penyertaan Kelab Rakan Quran adalah PERCUMA dan keahlian SEUMUR HIDUP.
  • Mempunyai minat yang mendalam terhadap Al Quran.
  • Bersedia untuk menyertai setiap aktiviti yang bakal diadakan

No comments:

Post a Comment